Monday, 12 November 2012

Pedoman Buat Semua !!!

Berjuanglah tinggi mana pun, tapi tidak solat, tak jadi.

"Awwalul Hisaab as-Solah." Benda utama sekali dihisab (dihitung di akhirat ) adalah solat.

Utama sekali yang perlu dibuat setiap hari adalah agenda mencari kembali semangat solat yang hilang. Kemudian, perlu cari sebab dan check diri:

"Sejak bilakah aku tidak rasa minat untuk solat? Bagaimana nak buat untuk rasa minat bersolat?"

Hari in

i kita ubah diri kita, kita mahu singkirkan solat tanpa perasaan yang kita lakukan sehari-hari. Apakah itu solat tanpa perasaan?

Solat tanpa perasaan adalah solat hanya kerana orang Islam wajib solat. Masuk waktu, solat. Malu orang lain solat, maka kita solat. Tapi hati tidak bersama dengan solat. Dalam solat, fikir benda lain. Hati rasa nak sudahkan solat dengan cepat.

Solat kita gambaran kecantikan hati kita. Manusia yang hidup tanpa hati adalah manusia tanpa perasaan. Manusia yang hidup tanpa solat adalah manusia yang nampak hidup bernafas dgn baik, tetapi hakikatnya tidak bernyawa. Solat adalah jantung kehidupan.

Orang yang dah lama tidak solat, ayuh, mari kita mulakan misi mencari solat yang hilang.

- Syabab Musafir Kasih

♥ Kisah Keluarga ♥

Petang itu, si ayah duduk di birai rumah. Sambil² melihat keletah si anak kecilnya yang berumur 7 tahun itu bermain basikal. Memerhati pemandangan sawah di sebelah rumahnya. Sejuk di pandangan mata. Serba sedikit mengurangkan kepanasan dalam hatinya. Sesekali beliau mengeluh sambil mengerutkan keningnya. Isterinya datang membawakan cucur udang dengan air oren.

Isteri: "Abg, kenapa dari tadi lagi

Eja nampak abg gelisah je ni?"

Suami: "Abg risaukan anak kita tu."

Isteri: "Kenapa dengan anak kita?"

Suami: "Nanti dia dah dewasa, dah besar, dia akan hidup dalam masyarakat yang mencemuh Islam kiri dan kanan, depan dan belakang."

Isteri: "Emm, maksud abg?"

Suami: "Maksud saya, Eja tengoklah sendiri di internet, di media..pemimpin dan ahli politik selamba sahaja hina Islam dan hukum Islam. Kemudian artis-artis pula menjadikan agama Islam sebagai lawak jenaka. Malahan, permohonan untuk keluar dari agama Islam juga makin bertambah."

Isteri: "Nauzubillahi min zaalik. Eja perasan tu bang. Tapi, kita nak buat macam mana lagi. Inikan akhir zaman."

Tiba-tiba anak kecilnya mencelah. Entah bila masa dia berhenti bermain.

Anak: "Ayah, tak boleh ke hina agama Islam?"

Suami: "Tidak boleh. Berdosa besar hukumnya. Masuk neraka."

Anak: "Allah ada kata apa-apa tak?"

Suami: "Allah berfirman Allah akan melupakan mereka."

Isteri: "Melupakan kesalahan mereka ke bang?"

Suami: "Tidak. Allah berfirman dalam Surah al-A'raf ayat 51:

(Iaitu) orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-mainan dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka. Maka pada hari (qiamat) ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan (sebagaimana) mereka mengingkari ayat-ayat Kami."

Anak: "Maksudnya, Allah takkan pedulikan mereka lgsg di hari kiamat?"

Suami: "Yup. Allah berikan nikmat di dunia kepada mereka ini sebagai istidraj sahaja. Dari hadis Nabi SAW:

Seorang manusia dibawa ke hadapan Allah swt, pada hari akhirat lalu Tuhan bertanya kepadanya,

“Tidakkah kamu sedar bahawa Aku jadikan pendengaranmu, harta benda, anak-anak, haiwan dan binatang ternak untuk kamu manfaatkan sebagai suatu kemudahan, segala pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan, dijadikan pemimpin dari kalangan kamu serta mengambil hasil mahsul (cukai dan seumpamanya) dari orang ramai. Ketika (kamu menerima segala kurnia) itu adakah kamu terfikir tentang hari pertemuan dengan-Ku?” Jawab orang itu :

“Sesungguhnya aku tidak pernah memikirkan untuk bertemu Engkau wahai Tuhan.”

Tuhan menempelak orang itu: “Pada hari ini Aku melupakan engkau sebagaimana engkau telah melupakan Aku.”

Anak: "Ayah, apa jadi jika Allah melupakan kita di akhirat."

Suami: "Tiada lagi Syurga untuk kita."

Anak: "Sedihnya...."

Isteri: "Cuba kamu fikir apa akan jadi jika ayah dan ummi tidak lagi pedulikan kamu suatu hari nanti?"

Anak: "Janganlah. Nanti sape nak masak utk adik, sape nak hantar adik ke sekolah. Jauh tu sekolah. Nanti adik nak cium tgn sape lagi, nak cium pipi sape lagi..nak peluk sape lagi..tamo tamo..."

Isteri: "Boleh kalau nak ayah ummi peduli setiap masa tapi dengan syarat..."

Anak: "Apa dia, kalau ummi suruh adik goreng cucur udang pun adik sanggup!"

Isteri: "Kena dengar cakap ayah dan ummi. Kena rajin-rajin solat."

Anak: "Baik ummi! Adik sedia turut perintah!" ( buat tabik hormat )

Suami: "Bagus anak ayah ni. Yang lebih penting, jangan sampai Allah tak mahu pandang kita lagi. Biar di akhirat nanti, keluarga kita ni Allah akan pandang hinggalah kita masuk Syurga sama-sama nanti. Aamiiin.."

Isteri dan anak: "Aamiiin.."

Si anak memeluk ayah dan ibunya erat-erat.

Apalah erti hidup ini, jika dipandang seluruh manusia di dunia tetapi di akhirat langsung tidak dipedulikan Allah. Dilupakan Allah.

Orang lupakan kita tak mengapa, jangan kita lupa Allah dan dilupakan Allah.