Monday, 12 November 2012

Pedoman Buat Semua !!!

Berjuanglah tinggi mana pun, tapi tidak solat, tak jadi.

"Awwalul Hisaab as-Solah." Benda utama sekali dihisab (dihitung di akhirat ) adalah solat.

Utama sekali yang perlu dibuat setiap hari adalah agenda mencari kembali semangat solat yang hilang. Kemudian, perlu cari sebab dan check diri:

"Sejak bilakah aku tidak rasa minat untuk solat? Bagaimana nak buat untuk rasa minat bersolat?"

Hari in

i kita ubah diri kita, kita mahu singkirkan solat tanpa perasaan yang kita lakukan sehari-hari. Apakah itu solat tanpa perasaan?

Solat tanpa perasaan adalah solat hanya kerana orang Islam wajib solat. Masuk waktu, solat. Malu orang lain solat, maka kita solat. Tapi hati tidak bersama dengan solat. Dalam solat, fikir benda lain. Hati rasa nak sudahkan solat dengan cepat.

Solat kita gambaran kecantikan hati kita. Manusia yang hidup tanpa hati adalah manusia tanpa perasaan. Manusia yang hidup tanpa solat adalah manusia yang nampak hidup bernafas dgn baik, tetapi hakikatnya tidak bernyawa. Solat adalah jantung kehidupan.

Orang yang dah lama tidak solat, ayuh, mari kita mulakan misi mencari solat yang hilang.

- Syabab Musafir Kasih

♥ Kisah Keluarga ♥

Petang itu, si ayah duduk di birai rumah. Sambil² melihat keletah si anak kecilnya yang berumur 7 tahun itu bermain basikal. Memerhati pemandangan sawah di sebelah rumahnya. Sejuk di pandangan mata. Serba sedikit mengurangkan kepanasan dalam hatinya. Sesekali beliau mengeluh sambil mengerutkan keningnya. Isterinya datang membawakan cucur udang dengan air oren.

Isteri: "Abg, kenapa dari tadi lagi

Eja nampak abg gelisah je ni?"

Suami: "Abg risaukan anak kita tu."

Isteri: "Kenapa dengan anak kita?"

Suami: "Nanti dia dah dewasa, dah besar, dia akan hidup dalam masyarakat yang mencemuh Islam kiri dan kanan, depan dan belakang."

Isteri: "Emm, maksud abg?"

Suami: "Maksud saya, Eja tengoklah sendiri di internet, di media..pemimpin dan ahli politik selamba sahaja hina Islam dan hukum Islam. Kemudian artis-artis pula menjadikan agama Islam sebagai lawak jenaka. Malahan, permohonan untuk keluar dari agama Islam juga makin bertambah."

Isteri: "Nauzubillahi min zaalik. Eja perasan tu bang. Tapi, kita nak buat macam mana lagi. Inikan akhir zaman."

Tiba-tiba anak kecilnya mencelah. Entah bila masa dia berhenti bermain.

Anak: "Ayah, tak boleh ke hina agama Islam?"

Suami: "Tidak boleh. Berdosa besar hukumnya. Masuk neraka."

Anak: "Allah ada kata apa-apa tak?"

Suami: "Allah berfirman Allah akan melupakan mereka."

Isteri: "Melupakan kesalahan mereka ke bang?"

Suami: "Tidak. Allah berfirman dalam Surah al-A'raf ayat 51:

(Iaitu) orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-mainan dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka. Maka pada hari (qiamat) ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan (sebagaimana) mereka mengingkari ayat-ayat Kami."

Anak: "Maksudnya, Allah takkan pedulikan mereka lgsg di hari kiamat?"

Suami: "Yup. Allah berikan nikmat di dunia kepada mereka ini sebagai istidraj sahaja. Dari hadis Nabi SAW:

Seorang manusia dibawa ke hadapan Allah swt, pada hari akhirat lalu Tuhan bertanya kepadanya,

“Tidakkah kamu sedar bahawa Aku jadikan pendengaranmu, harta benda, anak-anak, haiwan dan binatang ternak untuk kamu manfaatkan sebagai suatu kemudahan, segala pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan, dijadikan pemimpin dari kalangan kamu serta mengambil hasil mahsul (cukai dan seumpamanya) dari orang ramai. Ketika (kamu menerima segala kurnia) itu adakah kamu terfikir tentang hari pertemuan dengan-Ku?” Jawab orang itu :

“Sesungguhnya aku tidak pernah memikirkan untuk bertemu Engkau wahai Tuhan.”

Tuhan menempelak orang itu: “Pada hari ini Aku melupakan engkau sebagaimana engkau telah melupakan Aku.”

Anak: "Ayah, apa jadi jika Allah melupakan kita di akhirat."

Suami: "Tiada lagi Syurga untuk kita."

Anak: "Sedihnya...."

Isteri: "Cuba kamu fikir apa akan jadi jika ayah dan ummi tidak lagi pedulikan kamu suatu hari nanti?"

Anak: "Janganlah. Nanti sape nak masak utk adik, sape nak hantar adik ke sekolah. Jauh tu sekolah. Nanti adik nak cium tgn sape lagi, nak cium pipi sape lagi..nak peluk sape lagi..tamo tamo..."

Isteri: "Boleh kalau nak ayah ummi peduli setiap masa tapi dengan syarat..."

Anak: "Apa dia, kalau ummi suruh adik goreng cucur udang pun adik sanggup!"

Isteri: "Kena dengar cakap ayah dan ummi. Kena rajin-rajin solat."

Anak: "Baik ummi! Adik sedia turut perintah!" ( buat tabik hormat )

Suami: "Bagus anak ayah ni. Yang lebih penting, jangan sampai Allah tak mahu pandang kita lagi. Biar di akhirat nanti, keluarga kita ni Allah akan pandang hinggalah kita masuk Syurga sama-sama nanti. Aamiiin.."

Isteri dan anak: "Aamiiin.."

Si anak memeluk ayah dan ibunya erat-erat.

Apalah erti hidup ini, jika dipandang seluruh manusia di dunia tetapi di akhirat langsung tidak dipedulikan Allah. Dilupakan Allah.

Orang lupakan kita tak mengapa, jangan kita lupa Allah dan dilupakan Allah.

Sunday, 28 October 2012

Muslimah Sejati

TIPS AWAL SEBELUM BERTUDUNG LABUH..

sila share wahai muslimah :)

sila share semoga, diri anda & kawan di fb anda pun dpt ilmu baru..

1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.


2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.


3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).


5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.


6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.


7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.


8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^


9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.


10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. .

♥ hAwA ♥

Tahukan Anda Wahai Insan Bergelar Kaum Hawa...?

~ ♥ .Seorang Lelaki Mecuba Sedaya-Upaya Untuk Menjaga Perasaan Kamu...Meskipun Kadang-Kala Dialah yang Telah Menyakiti Kamu...

~ ♥.Seorang Lelaki Mencuba Untuk Menjadi Yang Terbaik Untuk Kamu..Meskipun Dia Tahu Dia Tidak Mampu...

~ ♥ Seorang Lelaki Sanggup Merendah Egonya Demi Mencintai Kamu...

~ ♥ Seorang Lelaki Yang Sejati Akan Sentiasa Berdiri Di belakang Kamu..Dan menyokong Segala Tindakan Kamu...


~ ♥ Seorang Lelaki Akan Menjaga Kamu Dengan Sepenuh Cintanya Jika Ditakdirkan Kamu Menjadi Miliknya...

~ ♥ Seorang Lelaki Juga Mampu Menitiskan Air Matanya...Jika Ia Melibat Hati..Perasaan...Cinta..Dan Nyawa Seseorang yang Dicintainya...

~ ♥ Seorang Lelaki Sanggup Mengadaikan Nyawanya Jika Hanya Itulah Caranya Untuk Membahagiakan Orang Yang Dicintainya...

Dan..

Seorang Lelaki Yg Bergelar Suami..Mampu Memberi Kamu Sesuatu Yang Lebih Dan Tidak Mampu Diberi Oleh Kekasih Hati Kamu...

Iaitu...Cinta Yang Ikhlas, Suci Dan Diredhai Allah ~


Oleh Itu...
Dengarlah Rintihan Hati Mereka...Seperti Mana Mereka Berada Di Sisi Kamu Ketika Kamu Memerlukanya..

Kerana Tanpa Mereka..
Kamu Umpama Sebentuk Permata Yang Tiada Nilainya...

♥.♥

# Diari Hati Seorang Lelaki....

Ya Akhi ♥

Ukhti : Saya tidak layak untuk awak.
Akhi : Kenapa?
Ukhti : Awak dari kalangan orang baik-baik, sedangkan saya.
Akhi : Saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?
Ukhti : Awak pintar, awak ada banyak peminat.
Akhi : Peminat? Saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.
Ukhti : Saya juga tidak dalam ilmu agama.
Akhi : Kita boleh mendalaminya be


rsama-sama.
Ukhti : Saya tidak cantik. Tidak seperti mereka…
Akhi : Tuhan akan marah jika mendengar perkataan awak tadi, sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.
Ukhti : Awak ini kenapa? Sudah saya kata saya ini tidak layak, kita ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak perbezaan.
Akhi : Perbezaan membuat kita lengkap.
Ukhti : Awak terlalu sempurna.
Akhi : Belum. Akan sempurna jika awak ada.
Ukhti : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.
Akhi : Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga?
Ukhti : Temuilah ayah saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta.

“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (HR Tirmidzi ).
Imam Thabrani meriwayatkan dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah bersabda:
“Barang siapa menikahi wanita kerana kehormatannya (jawatan), maka Allah hanya akan menambah kehinaan; barang siapa menikah kerana hartanya, maka Allah tidak akan menambah kecuali kefakiran; barang siapa menikahi wanita kerana nasab (kemuliaan), maka Allah hanya akan menambah kerendahan.
Dan barang siapa yang menikahi wanita kerana inigin menutupi (kehormatan) matanya, membentengi farji (kemaluan)nya, dan mempererat silaturrahim, maka Allah SWT akan memberi barakah-Nya kepada suami isteri tersebut.

dUhAi LeLaKi....

WAHAI LELAKI ..

Ambil lah KUNCI ini dan
─▄▀▀█▀▀▄
.▐▌ BUKA ▐█▄▄█▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄
▐█▄───▄██▀▀█▀▀▀▀▀█▀█▀▀
─▀██▄██▀────────█▀█▀█ Pintu Hatiku Jika Aku Pilihan Kamu ..

Kemudian,
●●●► Beranikan Diri Pergi Ke rumah Ibubapa Ku,

_____████████████
____███████████████
__██████████████████
█████████████████████
_█_________▄▄▄▄_ ▄▄▄▄_█_
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_ «-- Jumpalah Ibubapa Ku kat dalam rumah tuu ..
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_ dan minta izinlah untuk jadikan anak
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_ mereka sebagai permaisuri di hatimu..
_█__█████_▀▀▀▀_ ▀▀▀▀ █ __✿ ✿
_█__█████_____________ █___(\\|/)
_____________██ _____________██

♥ :: kalau aku memang pilihan hati kamu dan kamu memang benar2 berani,
memang aku takkan sia2 peluang ini :: ♥

Sunday, 23 September 2012

~::* CATATAN INDAHKU *::~

Telah aku terima takdir dari Yang Esa
Tertusuk sembilu pedih hati terluka
Terkubur impian kita bina bersama
Terlerai sedah ikatan cinta

Baru aku sedari siapa diri ini
Sebalik suratan cahaya cinta yang sudah
Sedalam renungan terlihat dalam diri
Hakikat cinta yang sejati
Kuturutkan cahaya dihadapan berliku
Keyakinan di dada mengiring langkahku
Jalinan bahagia iringan doa restu
Di dalam jiwa cinta yang satu

Jalanan yang berduri tetap aku gagahi
Biar gunung yang tinggi pasti kan kudaki
Detik-detik kenangan segar buat pedoman
Sepanjang jalan taman impian... ohhh

Selamat sejatera kepada dirimu
Semoga berbahagia tanpa aku
Izinkan selamanya namamu di hati
Biarkan selamanya ku begini

Sudah lumrahnya insan tak lepas kesilapan
Maafkan dosaku lupakan detik hitam
Sejarah yang berlalu jadikan perngajaran
Menuju bahagia idaman..

~♥ Untukmu Sebuah Hati ~♥

~❥❥~BELAJAR~❥❥~

Belajarlah DIAM dari banyaknya BICARA,
Belajarlah SABAR dari sebuah KEMARAHAN,
Belajarlah KESUSAHAN dari KESENANGAN,
Belajarlah MENGALAH dari satu KEEGOAN,
Belajarlah MENANGIS dari KEBAHAGIAAN,
Belajarlah KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN,
Belajarlah TAQWA dari KEKUFURAN,
Belajarlah TAWAKKAL dari UJIAN,

Belajarlah REDHA dari satu KETENTUAN
BELAJAR…BELAJAR…DAN TERUS BELAJAR…

✌ (◕‿◕) ✌ ░▒▓ SENYUM SELALU ░▒▓ ✌ (◕‿◕) ✌
 
 
~♥ Untukmu Sebuah Hati ~♥

★ Untuk sebuah hati yg masih menanti. Menantilah dengan cinta. Cinta yang senantiasa membuatmu slalu menerima akan kehendakNya. Suatu saat kau akan tau, penantianmu karena cintaNya bukanlah penantian yg sia2

★ Untuk sebuah hati yg masih menunggu. Menunggulah dg senyuman. Senyuman tulus yg kau berikan pd stiap org yg mempertanyakan'y. Kau bilang pada'y, aku tak pernah kes
epian, dengan segenap kasih-Nya

★ Untuk sebuah hati yg masih mencari. Mencarilah dg ikhtiyar. Ikhtiyar yg suci tanpa paksaan waktu, ikhtiyar penuh doa dan harapan, ikhtiyar yang suci diatas jalanNya

★ Untuk sebuah hati yg masih merindu. Merindulah tanpa nafsu. Nafsu yg slalu membuatmu lemah. Rinduilah Allah, yg snantiasa membuatmu kuat. Suatu nanti kau akan mengerti, cinta dan rindu padaNya adalah penantian yang terindah..

Entahlah~

~❤~ Benarkah.. kesedihan itu bukan satu kesakitan....
~❤~ Tapi satu titik bermulanya suatu kebahagiaan.
~❤~ Benarkah kesabaran itu suatu keindahan....
~❤~ Nikmat yg terbesar di dlm sebuah kehidupan insan yg beriman.
Kesakitan, kesedihan, kelukaan, kekecewaan, kesusahan.. semuanya menguji sebuah kesabaran. Sesuatu yg amat sukar krn ianya hadir bagai mematahkan kepingan2 hati. Rasa sakit yg merobek

segenap urat nadi yg hampir2 melumpuhkan langkah kaki.
Bila direnung dengan mata hati, sesungguhnya kesabaran byk memberi pengajaran. Kesabaran mengajar erti ketabahan, keikhlasan, kekuatan dan kemaafan. Kesabaran adalah kunci kpd kejayaan. Di hujung kesabaran, yg menanti adalah sebuah kebahagiaan. Tika itulah, kita akan rasa betapa INDAHnya sebuah KESABARAN. ~☆♥♡♥♡♥♡☆~
 
"SAATNYA MELEPASKAN DIA"

Pepatah menyatakan..
Cinta yg agung adalah ketika kita menitikkan air mata
dan masih peduli terhadapnya, ketika dia tidak mempedulikan kita dan
kita masih menunggunya dgn setia, ketika dia mencintai orang lain
dan kita masih bisa tersenyum sembari berkata “aku turut bahagia untukmu”…

Akan tiba saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang,
bukan karena orang itu berhenti mencintai kita..
tetapi karena kita menyadari bahwa orang itu akan lebih berbahagia
apabila kita : "Melepaskannya."

Apakah anda Sanggup??

"Cinta Tidak Bisa Dipaksakan".
 

Sunday, 15 July 2012

DeFiNisI CiNta


Ku terbaca dalam satu novel mengenai definisi C.I.N.T.A beberapa orang pelajar university apabila ditanya oleh fasilator yang mengambil alih program dalam masa minggu aluan pelajar.


“Cinta ini macam dadah. Ia buat orang ketagih. Buat orang mabuk, khayal dan hilang arah tuju. Cinta jugak bahaya dicuba-cuba sebab ia boleh membunuh akal dan jiwa kita. Tapi dalam masa yang sama, cinta itu mengasyikkan”

“Cinta ibarat secawan kopi yang hangatnya Cuma seketika. Sewaktu masih panas, aromanya wangi dan rasanya sedap. Tapi kalau sudah sejuk, pasti bau dan keenakkannya hilang. Kopi yang sejuk langsung menutup selera. Begitu juga cinta, lama-kelamaan akan pudar dan tawar”

“Cinta umpama taufan. Datangnya tanpa diundang. Tiupannya mampu mengubah keadaan dalam sekelip mata. Cinta mampu menukar kebencian dalam sedetik, umpama taufan membawa hujan menimbus tanah gersang. Detik cinta menyentuh..... ibarat taufan ganas melanda. Serangannya tak mampu ditepis. Mangsa yang terjebak pasti keresahan. Seksa menanggung cinta umpama seksa mangsa taufan dan tangisan akibat kegagalan cinta sama seperti tangisan insan yang ranap kediamannya dihempas taufan”

“Cinta Cuma susunan lima huruf tanpa makna. Keabadian cinta Cuma episod rekaan pelengkap sebuah cerita dogeng. Ungkapan cinta yang indah-indah hanyalah omongan kosong. Mengejar cinta sama seperti mengejar fatamorgana di tanah datar. Sudahnya anda yang kecewa. Acap kali kita dengar, manusia lupa maruah diri dan agama kerana cinta. Kerana kerakusan cinta yang tiada mata hatinya, lahirlah anak-anak haram yang hina dan terbiar”


                Bagaimana pula dengan penafsiran anda tentang cinta. Definisi di atas hanya ku peroleh daripada novel. Ku belom mampu memberikan definisi cinta. Terlampau agung jika cinta ditanyakan kepadaku..Huhu~

Salam Perkenalan

Sy baru sahaja create blog ini. Bila sy tgk skrg sudah ramai menggunakan blog untuk meluahkan inpirasi di hati. Sy berfikir tidak salah kalau mencuba...Biasa lah budak baru nk belajar kan..Hihi~ Walau apapun SALAM PERKENALAN tuk sume.